Sponsored by

Post Baru

Quemisu Net

Que agak terkilan bila melihat karikatur sebegini disiar diakhbar Berita Minggu (Berita Harian) pada hari Ahad lepas. Karikatur  ini menggambarkan watak kartun popular Jepun iaitu Ultraman kelihatan panik dan cuba berlari lintang-pukang ketika kehadiran tsunami. Ramai kawan-kawan que juga melahirkan rasa marah dan kesal dengan penyiaran karikatur ini.


Penyiaran karikatur ini juga mendapat perhatian CNN iReport.

Pihak Berita Harian dan pelukis karikatur ini sudah memohon maaf  dan menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku di Jepun. Maklumat secara terperinci ada di malaysiakini

Namun apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar sesama kita. Bencana alam seperti tsunami yang datang bukanlah untuk dibuat lawak atau sindiran.Cubalah jadikan suatu pengajaran atau renungan kenapa Allah selalu turunkan pelbagai bencana alam sejak akhir-akhir ini. Renung-renungkan dan selamat beramal...^_^
Labels: 0 comments | | edit post
Quemisu Net
Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan  gelaran perseorangan pada kejohanan All England ketika dia mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dengan kemenangan straight set 21-17, 21-17 dalam masa 52 minit.

Bukan saja dia telah memenangi gelaran All England buat kali kedua, ini adalah pertama kalinya Datuk Lee Chong Wei telah mengalahkan Lin Dan dalam kejohanan yang besar. Lin Dan masih memegang rekod kemenangan pertemuan kedua-dua pemain  iaitu 18-7.

Kemenangan itu mengekalkan kedudukan Datuk Lee Chong  Wei sebagai pemain No 1 dunia dan dia merupakan pemain Malaysia kedua yang memenangi gelaran All England dalam dua tahun berturut-turut. Sebelum ini, Eddy Choong telah memenanginya pada tahun 1956 dan 1957.

Kemenangan malam tadi juga memberi dorongan psikologi kepada Datuk Lee Chong Wei  yang selalunya dikritik kerana hanya memenangi perlawanan menentang Lin Dan dalam kejohanan-kejohanan yang kurang berprestij. Dengan kemenangan keatas musuh seterunya itu, Datuk Lee Chong Wei lebih yakin untuk memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di London pada tahun depan.

Ketika ditemuramah, jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek berkata kejayaan Datuk Lee Chong Wei adalah sebuah kejayaan yang besar. Adik kepada bekas pelatih dan mentor Datuk  Lee, Misbun Sidek, Rashid berkata, "Dia menunjukkan permainan yang hebat dan mampu mengatasi halangan psikologi ketika berhadapan dengan Lin Dan."
Labels: 1 comments | | edit post