Sponsored by

Post Baru

Quemisu Net
Sebelum ini que dah post berkenaan fakta semata-mata. Sekarang cuba bezakan yang mana satu fakta dan yang mana sata auta...hehe...Enjoy...^^


Hampir semua beruang berbadan besar


Pening lalat terjadi bila kita perhatikan lalat terbang ke sana kemari


Ayam tidak boleh berdiri 1 kaki di atas cerun manakala lembu tidak pandai turun bukit


Pen merah selalu couple ngan pen biru manakala pen hitam hanya kacau daun


Gam tidak akan melekat selagi belum kering


Warna kuning umpama emas berharga manakala gigi kuning umpama tembaga


Burung murai pandai menyanyi manakala biawak tidak pernah berkaraoke


Katak akan serba salah untuk menyanyi bila hujan panas


Bas biasanya besar untuk mengangkut orang beramai ramai bukan untuk mati beramai ramai


Ikan sardin tidak berasa panas bersesak sesak dilaut dan dalam tin tapi kepanasan bila dipanggang atas api


Ramai orang ada laptop dan broadband melihat porno bersendirian


Kapal terbang tak sama dengan gigi terbang


Di dalam sebuah kem pasti terdapat ruang kosong


Jam tidak pernah diletak dalam jamban


Kucing akan lari bila tikus memegang bom manakala tom dan jerry adalah pelawak yang terkenal


Sayur kucai tidak boleh dibuat tali kasut


Berus gigi boleh betukar menjadi berus kasut


Mata menjadi juling jika melihat objek yang berada atas hidung


Tapir tidaklah sehodoh dubuk
manakala leher zirafah akan menyangkut bila masuk rumah


Ga+jah =gajah -jah +jus = gajus


Ketam akan lari ke kanan atau ke kiri


Toleh ke kanan dan kiri semasa melintas jalan akan menyelamatkan nyawa anda dengan syarat tidak menutup mata


Bola tidak dapat ditendang jauh sekiranya diperbuat dari besi


Piring yang terhempas tidak semestinya pecah berkecai jika diperbuat dari plastik manakala kaca bukanlah permata


Kanak kanak yang main mercun putus tangan tidak boleh membilang dengan jari dari 1 sampai 10


Seluar dalam jika dipakai diluar seluar memberikan kuasa superman


Hampir semua orang di tanjung rambutan tidak pernah menjadi doktor sakit jiwa


Kebanyakkan kera dan monyet tidak control hensem dan control ayu bila digambar


Batman sepatutnya makan buah atau hisap darah


Mentol sering menjadi simbol idea dalam kartun


Tapak kaki adalah bahagian paling bawah manusia


Mencari jarum amat mudah jika dibuang bersama benang panjang




Jarang jarang sekali tempuling mengenai hidung ikan paus


Kacang tanah tidak sesuai dijadikan minuman seperti kacang soya


Tikus hanya dapat membawa lari kacang tidak lebih dari satu guni


Kuman tidak disabitkan kesalahan setelah membunuh orang secara beramai ramai




Rambutan tiada rambut seperti orang hutan


Ikan jalak lebih pajang dari hidung jalak lenteng




Menanam padi menggunakan chopstik adalah cara paling mudah untuk tension


Mencabut gigi beruang cara paling mudah untuk menempah maut


Garfu tidak mempunyai banyak kelebihan berbanding sudu manakala suduh kuah adalah paling tamak


Keretapi sepatutnya digelar kereta panjang


Belacan jika disapu ditangan kera menyebabkan kera gila dan mati


Buaya adalah haiwan yang paling tidak pernah jinak


Sesumpah akan mati bila diletak dibawah lampu kelab malam


Kesalahan terbesar pelari sukan ialah berhenti sebelum sampai garisan penamat kecuali disuruh


Bila kita melihat cermin kita hanya melihat cahaya manakala perbuatan memecahkan cermin di kepala adalah sia sia


Memisahkan garam dan gula boleh dibantu oleh semut


Anai anai adalah makhluk perosak suka buat perumahan haram


Jika anda berbogel ditengah jalan akan menyebabkan jalan sesak


Haiwan yang senang dipelihara tanpa diberi makan ialah cicak rumah
Labels: , , , | edit post
0 Responses

Post a Comment